Skip to main content

    Puisi Bersatulah Muslim - Oleh Muhammad Khalid

    Berikut ini adalah puisi seruan untuk bersatu kepada umat muslim dengan judul puisi bersatulah muslim, bagaimana kata kata seruan dalam bentuk bait puisi muslim yang dipublikasikan berkas puisi.

    Untuk lebih jelasnya puisi motivasi untuk muslim bersatu disimak saja puisinya dibawah ini.


    PUISI BERSATULAH MUSLIMOleh: Muhammad Khalid bin Zainul

    Sampai kapan kita terus bercakaran,
    persaudaraan dilupakan
    hanya kerana tidak mampu sekata
    di dalam satu masalah.

    Kita tewas pada ego sendiri
    yang hanya mahu menang
    sedang ia menumbang ukhuwwah
    yang sepatutnya utuh
    di bawah panji Lailahaillallah?

    Kita semakin mundur ke belakang,
    tidak mencerminkan islam gemilang
    kerana kita lebih banyak bertengkar
    daripada menuntut ilmu dan bersabar.

    Ada diantara kita miskin rasa peduli,
    enggan menegah yang mungkar,
    enggan mengajak pada kebaikan,
    hanya memikirkan diri sendiri,
    biar mereka masuk syurga,
    orang lain terhumban ke neraka,
    biarkan sahaja!

    Seandainya dakwah hilang suara,
    syurga yang mana yang diingini
    padahal tiada mahu berusaha
    demi mencari redha ilahi.

    Jangan sampai tumpul minda,
    dikelabui angan-angan penuh dusta.
    Kau selitkan harapan pada doa
    tetapi membisu bila dosa melata
    ditayang di depan mata.

    Dakaplah islam sepenuhnya,
    bukan hanya mengambil
    apa yang hatimu disuka
    sehingga bercampur yang hak
    dengan yang bathil.

    Bangkitlah dari lenamu
    yang dihiasi alpa dunia.
    Udah khayal dijamu
    warnawarni fotomorgana
    yang bisa lenyap
    bila-bila masa sahaja.

    Kota Singa 16.12.2018 3:07am


    Demikianlah tentang Puisi Bersatulah Muslim baca juga puisi islami atau puisi puisi religi yang telah dipublikasikan berkaspuisi.com sebelumnya, semoga Puisi Bersatulah Muslim dapat menginspirasi.

    Rekomendasi Puisi Untuk Anda:

    Buka Komentar