Puisi Sombong - Oleh Sewangi Haruman Rindu
Puisi sombong atau puisi tentang sombong, bagaimana kata kata sombong dalam bait-bait puisi kesombongan dirimu yang dipublikasikan berkas puisi.
Untuk lebih jelasnya kata kata puisi angkuh dan sombong disimak saja puisi sombong diri berikut ini dalam bait puisi berbahasa melayu atau puisi melayu.
PUISI: SOMBONGOleh: Sewangi Haruman Rindu
Sekalipun dirimu selaku manusia
punya segala-galanya di dalam dunia
itu bukan bermakna
kaubisa menjelekkan sesiapa saja
dengan percakapan mahupun perbuatan
ataupun sekadar mimik muka
sebagai pernyataan menghina.
Pernahkah kautanya?
apa nasibmu terkemudian hari
Apakah engkau manusia yang bebas?
dari menduduki sebarang ujian
Mungkinkah telah kauramalkan?
atau melihat dengan jelas paparan masa depan
bahawasanya harta kekayaanmu
takkan habis tujuh keturunan
maksum menghadapi musibah bencana lantaran kemuliaan
sedang semua yang kaumiliki sekarang
juga merupakan ujian.
Hanya kerana pakaian harianmu
diperbuat dari benang sutera emas
bukan bermakna halal bagimu
mencerca pengemis kotor berbaju tampung
mengeji orang gila busuk gelandangan
menunjukkan kuasa kepada sekalian fakir
seboleh-boleh menggambarkan
engkau adalah Tuhan.
Apakah kau terlalu pasti dan yakin?
kau takkan mencium bauan tanah
malaikatul maut sendiri menemui ajal
Mengapa pula berkelakuan seperti dajjal?
Besar sangatkah kesombonganmu?
siapa engkau mahu menyarung takabbur
yang merupakan pakaian Tuhan
esok seawal pagi kaubangun
pergilah menziarahi kubur
di situ tempatnya nanti
sekalian manusia akan terbujur.
TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu
1 Oktober 2018
Demikianlah puisi sombong baca juga puisi jangan sombong atau puisi teman yang sombong yang telah dipublikasikan berkaspuisi.com sebelumnya.
Semoga puisi sombong dapat menghibur dan menginspirasi untuk menulis puisi islami tentang kesombongan atau puisi kata bijak untuk orang sombong dan angkuh.