Puisi Bijak | Serangkai Hakikat
Puisi bijak, dengan judul puisi serangkai hakikat, Bagaimanakah cerita puisi dan kata bijak dalam puisi hakikat yang dipublikasikan berkas puisi.
Untuk lebih jelasnya puisi bijak kehidupan disimak saja berikut ini deretan bait bait puisi bijak dengan judul serangkai hakikat dibawah ini.
Puisi Serangkai HakikatOleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Kapal dagangan
pasti akan meninggalkan
tempat persinggahan
bila tiba masa yang ditetapkan.
Andai bekal tiada
pasti terukir kisah duka
sebelum tiba akhir perjalanan.
Tajam mata pena tiada erti
andai lenggok tarinya tinta
membawa perpecahan
atau maksud yang tersurat
tidak mampu digapai orang
bila bahasa yang berbunga
tak dimengerti pembaca.
Saratnya ilmu di dada
bukan alasan untuk menjulang diri.
Sementara aku bukan si bijaksana,
hanya penuntut yang berkongsi
apa yang dipelajari
kerana muslim yang hakiki
tidak akan menyimpan
ilmu bermanfaat sebagai rahsia peribadi.
Kota Singa 1.8.2018 1:15am
Demikianlah puisi bijak berjudul puisi serangkaian hakikat baca juga kata kata hakikat cinta atau puisikata mutiara tujuan hidup manusia yang telah dipublikasikan berkaspuisi.com sebelumnya.
Semoga puisi serangkaian hakikat dapat menghibur dan menginspirasi untuk menulis puisi kata kata bijak islam tentang kehidupan atau puisi kata kata hakikat kehidupan.