Puisi Gemala Sukma - Oleh Shah Ri Zan
Puisi Gemala sukma, Pengertian sukma berdasarkan kamus bahasa indonesia sukma adalah nyawa atau jiwa elemen yang mengisi tubuh manusia,
Dan berkaitan dengan kata sukma puisi kali ini berjudul puisi gemala sukma, bagaimana puisinya selengkapnya disimak saja berikut ini.
PUISI GEMALA SUKMAOleh: Shah Ri Zan
Bukan kerana kemulusan kulit
membaluti hamparan tubuhmu
yang menewaskan aku
tapi persona basa-basimu
kehalusannya tanpa sebarang semu
yang sudi menyantuni aku
membuatkan engkau bertakhta
di persada singgahsana rinduku
kejelitaan bisa kudapatkan
melata menerjah pandangan
namun keistimewaan keajaibanmu
aku majaskan sebagaimana
keindahan candra berhiaskan najam
cuma satu wujudmu
penganugerahan buat butala
tanpa terdapatnya engkau menemani
seringkali ingatan ini
merasakan personamu membayangi
kejelitaan lain yang melintasi aku
telah dilarang untuk sampai kepadaku
kerana dihalang wibawa wisesa nuranimu
TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu 7 Mei 2018
Demikianlah puisi gemala sukma, baca juga baca juga puisi puisi menarik dan Indah yang telah dipublikasikan berkaspuisi.com sebelumnya.
Semoga puisi gemala sukma dapat mengibur dan menginspirasi untuk menulis puisi puisi yang berkaitan dengan sukma.