Puisi Nasib - Oleh Muhammad Khalid bin Zainul
Puisi nasib. Nasib adalah sesuatu yang sudah ditentukan oleh Tuhan atas diri seseorang manusia,
Dan berkaitan dengan kata nasib puisi kali ini berjudul nasib, bagaimana puisinya untuk lebih jelasnya silahkan disimak saja berikut ini.
PUISI NASIB
Oleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Nasib itu harus diperjuangkan,
bukan hanya menadah tangan
minta simpati mengetuk hati
baru perubahan terjadi.
Orang berjudi menghulurkan diri
pada untung nasib yang belum pasti
padahal mendapat murka ilahi
kerana tidak mahu berusaha mandiri
sedangkan orang cacat ada terlihat berniaga,
mengapa insan yang sempurna anggotanya
tidak mahu berfikir dan berusaha hingga jaya?
Yang demikian itu lebih baik untuknya
dari menghadam hasil wang yang haram
atau menjadi duit belanja mereka sekeluarga.
Nasib tidak akan berubah
andai manusia enggan mengubahnya.
Capailah ilmu yang bermanfaat
agar beban hidup tidak terasa terlalu berat.
Muhammad Khalid bin Zainul
3.4.2018 12:41pm
Kota Singa
Demikianlah Puisi Nasib baca juga puisi takdirku nasibku yang telah diterbitkan berkaspuisi.com sebelumnya
Semoga Puisi Nasib dapat menghibur dan menginspirasi untuk menulis puisi perjalanan hidup yang menyedihkan atau puisi puisi yang berkaitan dengan nasib