Puisi Wanita-Wanita Di Dapur - Oleh Shah Ri Zan
Selengkapnya puisi dengan judul puisi wanita wanita di dapur disimak saja puisinya di bawah ini, puisi dengan kata kata melayu. berikut ini puisinya.
WANITA-WANITA DI DAPUR
Oleh: Shah Ri Zan
Suara-suara sumbang terdengar
walau setinggi mana wanita belajar
pasti dia masuk ke dapur
hinanya makna dapur dilacur
kerja di dapur bukannya mudah
terleka sedikit terbakar rumah
cuma terlihat sekadar hidangan
tapi hidangnya menuntut pengorbanan
malam ini semua barang sudah disenarai
besok mudahkan kerja di pasar dan kedai
jam lapan membuka langkah
ditawar ikan sehabis murah
di situ saja sudah terlihat
betapa hawa berjimat-cermat
sayur dibelek satu persatu
dipilih sayur pada skala tertentu
kan hebat seorang wanita
kualiti bahan dijaga sepenuh jiwa
selesai memborong segera pulang
siap-sedia untuk berperang
barang masak disusun diatur
seperti jeneral di medan tempur
lalu dia membahagi tugasan
mana satu kerja yang perlu didahulukan
seawal pagi wanita sudah menangis
angkara bawang yang dihiris-hiris
penat di pasar masih belum reda
keringat di ketiaknya kian berganda
bertungkus-lumus menyiang dan membasuh
kerja dapur dilaksanakan bersungguh
nasi ditanak setepat waktu
biar panas sewaktu menjamu
ketika dia memasak gulai
sememangnya dia memang pandai
kerana bahan disukat dengan tepat
cukup garamnya terasa nikmat
wanita bukan saja romantik
bahkan dia juga ahli matematik
selesai memasak dia mengemas
agar suaminya pulang tidak berasa rimas
lelaki dan perempuan tiada beza
masing-masing ada tugasnya
usah mulut melabel kasta
bezanya kita antara iman dan taqwa
Semenanjung Tanah Melayu 21 Mac 2018
WANITA-WANITA DI DAPUR
Oleh: Shah Ri Zan
Suara-suara sumbang terdengar
walau setinggi mana wanita belajar
pasti dia masuk ke dapur
hinanya makna dapur dilacur
kerja di dapur bukannya mudah
terleka sedikit terbakar rumah
cuma terlihat sekadar hidangan
tapi hidangnya menuntut pengorbanan
malam ini semua barang sudah disenarai
besok mudahkan kerja di pasar dan kedai
jam lapan membuka langkah
ditawar ikan sehabis murah
di situ saja sudah terlihat
betapa hawa berjimat-cermat
sayur dibelek satu persatu
dipilih sayur pada skala tertentu
kan hebat seorang wanita
kualiti bahan dijaga sepenuh jiwa
selesai memborong segera pulang
siap-sedia untuk berperang
barang masak disusun diatur
seperti jeneral di medan tempur
lalu dia membahagi tugasan
mana satu kerja yang perlu didahulukan
seawal pagi wanita sudah menangis
angkara bawang yang dihiris-hiris
penat di pasar masih belum reda
keringat di ketiaknya kian berganda
bertungkus-lumus menyiang dan membasuh
kerja dapur dilaksanakan bersungguh
nasi ditanak setepat waktu
biar panas sewaktu menjamu
ketika dia memasak gulai
sememangnya dia memang pandai
kerana bahan disukat dengan tepat
cukup garamnya terasa nikmat
wanita bukan saja romantik
bahkan dia juga ahli matematik
selesai memasak dia mengemas
agar suaminya pulang tidak berasa rimas
lelaki dan perempuan tiada beza
masing-masing ada tugasnya
usah mulut melabel kasta
bezanya kita antara iman dan taqwa
Semenanjung Tanah Melayu 21 Mac 2018