Puisi Rentak Hidup - Oleh Muhammad Khalid bin Zainul
Bagaimana kata kata puisi dan maknanya di balik rangkaian bait bait puisi hidup tersebut selengkapnya disimak saja di bawah ini.
Rentak Hidup
Oleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Semakin pincang jalan manusia,
semakin kucarkacir rentak hidupnya.
Akal diberi tidak melahir fikir,
nikmat disisi, syukurnya mungkir.
Alpa dengan harta bergelimpangan,
lupa semuanya hanya pinjaman.
Boros dalam perbelanjaan,
bakhil memberi pada jalan tuhan.
Manusiawi terkikis tanpa disedari,
penguasa pentingkan diri sendiri
hanya bijak menabur sejuta janji
kekata hanya alat memancing undi.
Begitulah kalau iman tidak terjaga.
Lalai pada amanah bawa petaka
kerana jauh dari rahmat kasih Allah,
rentak hidup hilang berkatnya.
12.2.2018 12:06am
Kota Singa
Rentak Hidup
Oleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Semakin pincang jalan manusia,
semakin kucarkacir rentak hidupnya.
Akal diberi tidak melahir fikir,
nikmat disisi, syukurnya mungkir.
Alpa dengan harta bergelimpangan,
lupa semuanya hanya pinjaman.
Boros dalam perbelanjaan,
bakhil memberi pada jalan tuhan.
Manusiawi terkikis tanpa disedari,
penguasa pentingkan diri sendiri
hanya bijak menabur sejuta janji
kekata hanya alat memancing undi.
Begitulah kalau iman tidak terjaga.
Lalai pada amanah bawa petaka
kerana jauh dari rahmat kasih Allah,
rentak hidup hilang berkatnya.
12.2.2018 12:06am
Kota Singa