Skip to main content

    Puisi Pujian - Oleh Shah Ri Zan

    Bagaimana makna di balik rangkaian kata kata tentang puisi pujian tersebut, untuk lebihjelasnya silahkan disimak saja puisinya berikut ini, puisi berbahasa melayu.

    PUJIAN
    Oleh: Shah Ri Zan

    bila hidup mengharapkan pujian
    nescaya selamanya diri akan merasakan kelaparan
    kerana keinginan terhadap pujian melangit
    takkan mampu dipuaskan
    tua kerepot akan masih senang berbangga
    dengan seribu kedut di wajahnya
    lantaran pujian menjadi makanan rujinya

    bila pujian diterima
    kembalikanlah semula
    kepada yang lebih berhak
    penguasa 7 petala
    Dialah selayaknya yang dipuji

    bila kedengaran bunga-bunga pujian
    ringankan lidah membasmi menangkis serangan pujian
    sebenarnya saya tiada apa-apa
    sebelum pujian meresapi jiwa
    terbuai barang sebentar
    dalam ujub diri

    sebenarnya bila dipuji
    diri adalah diuji
    sesungguhnya yang memuji
    telah melihat kehebatan dan kebagusan Tuhan
    disembunyikan dalam batang tubuhmu

    takabbur adalah pakaian Tuhan
    tiadalah pantas manusia memakainya
    walau sebesar hama

    Pujian yang bagaimana harus kauberikan?
    mendorong keimanan atau menyalakan api kemusnahan

    awaslah bila memuji
    jagalah bila dipuji
    semoga pujian tidak ternoktah
    di perhentian padah

    asyik pujian selagi hayat
    merana pujian dikandung badan
    setelah mati...
    bermulalah babak-babak penyesalan

    TONGKAT SAKTI
    Belantara Konkrit
    Semenanjung Tanah Melayu
    17 Mac 2018

    Rekomendasi Puisi Untuk Anda:

    Buka Komentar