Skip to main content

    Puisi Perang Saudara - Oleh Shah Ri Zan

    Selengkapnya puisi tentang perang saudara, di simak saja di bawah ini, puisi yang menggunakan kata kata melayu, karya shaha rizan. berikut ini puisinya.

    PERANG SAUDARA
    Oleh: Shah Ri Zan

    Sastera kita...
    adalah padang pasir tandus
    dipenuhi dengan jahiliah
    selamanya terkebelakang
    keberantakan sesama sendiri
    menjadi rempah-ratus
    dalam akhlak sastera itu sendiri

    kita mengasah tajam
    hasad dengki serta prasangka
    yang membajak sebidang kebencian
    padanya kita menyemai benih-benih dendam
    lalu tumbuh subur kemusnahan
    akhirnya kita tanyakan
    Mengapa sastera kita tidak maju?

    kita bersatu di dalam kebersamaan
    yang memiliki....
    cabang-cabang kepada perpecahan
    kita perjuangkan emosi sendiri
    sehingga kita gagal untuk menerima
    apa juga bentuk teguran yang membina
    kerana segalanya berkisar
    kepada ananiah kita-kita ini

    sastera dan sikap-sikap kita
    merupakan aliran sungai
    bersama bahan kumbahan
    bila datang segelintir jiwa-jiwa pemikir
    cuba membasmi kekotoran
    ingin menjernihkan keadaan
    sisa-sisa kumbahan bahkan ditambah
    Siapakah sebenarnya...
    yang mewujudkan lingkaran setan?
    kitalah setan-setannya
    tanpa sebarang ragu-ragu dan segan-silu
    menyatakan semangat cinta kepada sastera

    kemunafikan telah sesat
    menceroboh masuk ke alam minda
    menyebabkan kita masih berpuak-puak
    menjadi asuhan perlakuan tak terkendali
    perbezaan pendapat
    tanpa lapangnya dada
    menjadikan sastera ini
    sebagai medan pertempuran

    Yang terkorban?
    adalah sastera itu sendiri
    yang belum bersedia bangkit dari mati

    TONGKAT SAKTI
    Belantara Konkrit
    Semenanjung Tanah Melayu
    9 Mac 2018

    Rekomendasi Puisi Untuk Anda:

    Buka Komentar