Puisi Pahitnya Sebuah Kenyataan - Oleh Muhammad Khalid bin Zainul
Bagaimana puisi dan maknanya tentang puisi kenyataan tersebut, untuk lebih jelasnya silahkan disimak saja puisinya berikut ini.
Pahitnya Sebuah Kenyataan
Oleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Pada mulanya,
kusangka kau temanku,
peneraju semangat dalam hidup
ketika aku berjuang menegak impi
yang seringkali dicabar ribut uji.
Kuperah segala keringat
agar mimpi yang samar jadi jelas,
Bersamamu yang membakar api semangat,
aku berjuang sepenuh kudrat
tetapi
setelah aku berjaya,
kau berdiri membelakangiku
mengaku semuanya usahamu
tanpa menghiraukan aku.
Kau kaut semua puji yang menjulang tinggi,
melepaskan topeng hiprokasi
yang kau gunakan untuk manipulasi diri ini.
Licik!
Kau paksa aku menelan kenyataan pahit,
mentertawakan aku yang telah kau pergunakan,
menambah perihnya rasa sakit
dengan menginjak harga diriku dengan kebohongan.
Kau kelabui mata-mata manusia,
meraikan kejatuhanku!
Kau lupa Tuhan Maha Adil,
Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Akan datang ketikanya
kau akan mengecam diri sendiri
kerana telah berbuat aniaya.
Waktu itu jangan kau pohon maaf dariku
kerana hatiku sudah tertutup untukmu.
18/3/2018 2:20am
Kota Singa
Pahitnya Sebuah Kenyataan
Oleh: Muhammad Khalid bin Zainul
Pada mulanya,
kusangka kau temanku,
peneraju semangat dalam hidup
ketika aku berjuang menegak impi
yang seringkali dicabar ribut uji.
Kuperah segala keringat
agar mimpi yang samar jadi jelas,
Bersamamu yang membakar api semangat,
aku berjuang sepenuh kudrat
tetapi
setelah aku berjaya,
kau berdiri membelakangiku
mengaku semuanya usahamu
tanpa menghiraukan aku.
Kau kaut semua puji yang menjulang tinggi,
melepaskan topeng hiprokasi
yang kau gunakan untuk manipulasi diri ini.
Licik!
Kau paksa aku menelan kenyataan pahit,
mentertawakan aku yang telah kau pergunakan,
menambah perihnya rasa sakit
dengan menginjak harga diriku dengan kebohongan.
Kau kelabui mata-mata manusia,
meraikan kejatuhanku!
Kau lupa Tuhan Maha Adil,
Maha Melihat dan Maha Mengetahui.
Akan datang ketikanya
kau akan mengecam diri sendiri
kerana telah berbuat aniaya.
Waktu itu jangan kau pohon maaf dariku
kerana hatiku sudah tertutup untukmu.
18/3/2018 2:20am
Kota Singa