Puisi Malam Bicara Puisi Muhammad Haji Salleh - Oleh Shah Ri Zan
Selengkapnya puisi tentang malam dengan menggunakan kata kata melayu, disimak saja berikut ini, semoga bermanfaat menemani malam anda.
MALAM BICARA PUISI MUHAMMAD HAJI SALLEH
Oleh: Shah Ri Zan
Sinar intelektualnya bermula dari belantara
yang dihuni flora dan mergastua
sebelum jejaknya menghuni kota batu
Inggerisnya lebih dulu maju dari Melayu
walaupun sudah ada nama besar
mukadimah dia bicara
"Apa ada pada nama?"
dia adalah buah kelapa
tidak betah menjadi tua di tandan
lalu gugurlah ke bumi memekatkan santan
mengharungi daratan, lautan mahupun udara
melangkah ke mana-mana
sampai ke tanah Hawaii dan Samoa
tarian hula-hulanya sungguh luarbiasa....
dikutip sepanjang perjalanan
makna-makna kehidupan manusia
digeniuskan ke dalam sastera
sehingga darah intelektual diikuti cucu-cucu
yang mengambil penimbang untuk melihat waktu
yang mahu menghentikan aliran sungai
mengelakkan pembaziran air yang berlalu
diterjemahkan penghidupan dalam satu bicara malam
untuk kelapa muda seperti aku
yang isinya masih lembik berhingus
tepatlah penerangannya
puisi itu pendek tetapi lengkap sempurna
menceritakan seluruh kehidupan dan penghidupan