Skip to main content

    Puisi Kuasa Di Sebalik Sebuah Puisi - Oleh: Shah Ri Zan

    Bagaimana puisi dan maknanya di balik bait-bait puisi tenta kuasa di sebali sebuah puisi, untuk lebih jelasnya silahkan disimak saja puisinya berikut ini, puisi dengan rangkaian kata kata melayu.

    KUASA DI SEBALIK SEBUAH PUISI
    Oleh: Shah Ri Zan

    aku hentikan dulu...
    puisi-puisi cinta dan juga rindu
    kerana jiwaku telah terpanggil
    memuisikan sesuatu
    yang lebih berkeutamaan
    berbanding cengeng rasa sendiri

    ada kuasa... yang luar biasa
    pada tinta-tinta hitam dipaku ke sehelai putih
    puisi-puisi....
    seumpama kepala batang-batang mancis
    yang tinggal untuk digores
    pada belerang-belerang semangat
    yang ada pada dada-dada insani
    yang mampu mencetuskan gelombang kebangkitan
    atas nama pembelaan sekalian marhaen
    yang nasibnya diinjak-injak
    oleh penguasa-penguasa kebatilan

    kepala batang-batang mancis kita
    telah dibasahkan oleh ketidakpedulian
    telah dikuyupkan oleh kemunduran
    Kerana apa?
    kerana sekali mereka biarkan
    mancis menggores belerang
    mereka khuatir apinya takkan mampu dipadam

    bisa saja mereka makmurkan...
    puisi di sekolah-sekolah
    bisa saja minat serta cinta puisi...
    mereka pupuk di mana-mana
    bisa saja mereka memperuntukkan
    sejumlah dana
    untuk menjulang martabat sastera

    tapi...
    setiap pemberian mesti ada imbalannya
    setiap yang diganjarkan
    pasti akan ditagih semula
    setiap gumpalan wang kertas itu
    tersembunyi agenda tersendiri

    nanti pasti mereka akan meminta
    berpuisilah kamu dengan memuji aku
    berpuisilah kamu demi kepentinganku
    berpuisilah kamu demi menjatuhkan seteruku
    berpuisilah kamu demi keberlangsunganku
    nescaya akan kutuntaskan segala keinginanmu

    Oh!!!! Tidakkkk!!!!
    aku tidak rela maruah puisi diperkosa
    untuk apa aku menggadaikan kesuciaan puisi
    untuk kezaliman para pendusta

    mereka takkan membiarkan....
    batang mancis mencucuh belerang
    percikan api yang kecil itu
    akan segera dipadam
    kerana meraka tahu
    kobaran api
    dari percantuman mancis dan belerang itu
    akan marak dan merebak
    yang akan membakar hangus
    seluruh singgahsana takhta mereka
    yang terbina daripada keringat rakyat jelata

    ada kuasa di sebalik puisi
    yang cukup merbahaya apinya pergi
    dan sengaja mereka misterikan api itu
    dari menyala

    TONGKAT SAKTI
    Belantara Konkrit
    Semenanjung Tanah Melayu
    6 Mac 2018

    Rekomendasi Puisi Untuk Anda:

    Buka Komentar