Puisi Durhaka Jebat Membela Saudara Setianya Tuah Menikam Saudara - Oleh: Shah Ri Zan
Bagaimana kata kata puisi dan maknanya, di balik rangkaian bait bait puisi durhaka tersebut, untuk lebih jelasnya silahkan disimak saja puisi dengan bahasa melayu berikut ini.
DURHAKA JEBAT MEMBELA SAUDARA SETIANYA TUAH MENIKAM SAUDARA
Oleh: Shah Ri Zan
mungkin kita tidak mahu mengikuti Jebat
disebabkan itu kita relakan
saudara-saudara seagama di bumi Syiria
bergenang selautan darah
mungkin kerana...
tidak mahu dituduh di mata dunia
sebagai pendurhaka
kita mendiamkan diri kerana khuatir
kepada tekanan dan ancaman
mungkin kerana terlalu mencontohi Tuah
kita menumpahkan taat setia membabi-buta
kepada penguasa yang sepatutnya disanggah
mereka mengambil kesempatan
ke atas ketaatan dan kesetiaan kita
dan kita sebenarnya yang telah mengizinkan diri dizalimi
kitalah rakyat yang menikam daging sendiri
ketaatan kita membuatkan kita bisu
dari memperjuangkan kebenaran
suara-suara kebenaran tidak disenangi
itulah Jebat durhaka
perutnya ditembusi Taming Sari
yang hulunya berada dalam genggaman Tuah
saudaranya yang sehidup
tapi tidak semati
TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu 3 Mac 2018
DURHAKA JEBAT MEMBELA SAUDARA SETIANYA TUAH MENIKAM SAUDARA
Oleh: Shah Ri Zan
mungkin kita tidak mahu mengikuti Jebat
disebabkan itu kita relakan
saudara-saudara seagama di bumi Syiria
bergenang selautan darah
mungkin kerana...
tidak mahu dituduh di mata dunia
sebagai pendurhaka
kita mendiamkan diri kerana khuatir
kepada tekanan dan ancaman
mungkin kerana terlalu mencontohi Tuah
kita menumpahkan taat setia membabi-buta
kepada penguasa yang sepatutnya disanggah
mereka mengambil kesempatan
ke atas ketaatan dan kesetiaan kita
dan kita sebenarnya yang telah mengizinkan diri dizalimi
kitalah rakyat yang menikam daging sendiri
ketaatan kita membuatkan kita bisu
dari memperjuangkan kebenaran
suara-suara kebenaran tidak disenangi
itulah Jebat durhaka
perutnya ditembusi Taming Sari
yang hulunya berada dalam genggaman Tuah
saudaranya yang sehidup
tapi tidak semati
TONGKAT SAKTI
Belantara Konkrit
Semenanjung Tanah Melayu 3 Mac 2018