Skip to main content

    Puisi Pagi, Kereta Pagi, Oleh: Azad Jasmi

    Puisi Keretapi Pagi
    Oleh: Azad Jasmi

    Kisah pagi ini
    Tatkala mentari masih bayi
    Ruang dalam pujangga berisi
    Teks sana teks sini
    Masing-masing ada cerita sendiri
    Ramai duduk ada juga berdiri
    Pintu buka terus berlari
    Sinopsis keretapi
    Aneka wacana diri

    Bibir kocak menyanyi
    Telinga "earphone" berisi
    Android Apple dan Xiome
    Macam-macam lagi
    Spektrum warna tiada siapa mengerti
    Cerita malam tadi
    Pilu duka suka epilog sendiri
    Fikiran putar kanan kiri
    Kejap jalan kejap berhenti
    Pentas dunia ragam duniawi
    Dalam LRT; MRT
    Aku jadi pemerhati
    Jason Bourne terasa diri
    Bayangan perisik terjadi
    Diri ini

    Ada pakai sebaldi pewangi
    Ada juga tak mandi pagi
    Tengit hidung kiri
    Ada senyum nampak gusi
    Ada sedih tampak diri
    Ada pegang bagasi
    Tapi semua erat di sisi
    Dengan phone tak lekang sejak tadi

    Cerita ini renda kita
    Wacana rakyat jelata
    Bangun pagi pergi kerja
    Norma sutra
    Roda berputar semula
    Esok lusa selagi hayat ada

    Ini potret kehidupan pagi
    Penduduk negara keretapi
    Berjuang untuk anak isteri dan suami
    Kais pagi makan pagi
    Ada kais hari ini makan sebulan lagi
    Tak serupa penduduk sesetengah negeri
    Makan mereka bukan hasil kais sendiri
    Senang hati
    Tapi kita bukan semacam ini
    Hidup kita berlainan sekali
    Masuk pagi ada balik malam nanti
    Demi sesuap nasi

    Ah! Panorama keretapi pagi
    Lukisan cerita pelbagai edisi
    Doa aku agar semua di sini
    Beraqah rezeki yang di cari
    Loceng sudah berbunyi
    Destinasi
    Langkah kaki
    Mengharap ihsan Sang Pencipta Abadi
    Untuk aku teruskan hidup ini
    Maka turunlah insan ini
    Berderap tapak tinggalkan keretapi
    Di lain masa insyaAllah ketemu

    14 Feb 2018

    Rekomendasi Puisi Untuk Anda:

    Buka Komentar